Jerebu: Keputusan tutup sekolah ambil kira risiko kesihatan, kesan pembelajaran - Fadhlina

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 5:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Keputusan tutup sekolah ambil kira risiko kesihatan, kesan pembelajaran - Fadhlina
Fadhlina dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada Program Penataran Literasi Akta Antibuli 2026 di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keputusan penutupan sekolah susulan situasi jerebu akan ditentukan secara bersama-sama oleh tiga kementerian iaitu Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berdasarkan kepakaran masing-masing, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan kualiti udara dan aspek kesihatan bagi memastikan keselamatan murid, selain mengambil kira kesan terhadap pembelajaran sekiranya sekolah ditutup terlalu lama.

"Dari semasa ke semasa, tiga kementerian ini akan duduk dan membuat keputusan berdasarkan kepakaran yang ada, khususnya di peringkat KKM dan NRES,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Literasi Antibuli Sempena Akta Antibuli 2026 bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan di IPG Kampus Bahasa Melayu di sini pada Selasa.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Fadhlina berkata, keputusan berhubung penutupan atau pembukaan semula sekolah memerlukan pertimbangan teliti bagi mengimbangi risiko kesihatan murid dengan kesan terhadap pembelajaran.

"Kita harap tidak berpanjangan kerana kita tahu kesannya dan juga kesan kepada pembelajaran jika berterusan tutup sekolah. Jadi kedua-dua ini memerlukan pendekatan dan juga pedoman yang sangat penting sebelum kita membuat keputusan,” katanya.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved