Jerebu: Klang kekal catat IPU tidak sihat setakat 4 petang ini

19 Oct 2023 • 5:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Klang di Selangor kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan bacaan 155.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved