Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 4:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Lima kawasan catat IPU tidak sihat
Lima kawasan, empat di Sarawak dan satu di Semenanjung, mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 4 petang ini. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Lima kawasan, empat di Sarawak dan satu di Semenanjung, mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 4 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), empat kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (174), Sri Aman (164), Samarahan (154), Kuching (154).

Di Semenanjung, Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 131.

Secara keseluruhan, sebanyak 56 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan mencatat bacaan baik, sementara tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat dan berbahaya.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved