Jerebu: Tiada kawasan catat IPU bahaya, Sri Aman sangat tidak sihat setakat 4 petang

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Tiada kawasan catat IPU bahaya, Sri Aman sangat tidak sihat setakat 4 petang
Pemandangan berjerebu yang dirakam di Jeti Kampung Telaga Air, kira-kira 30 km dari bandar raya Kuching pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya akibat jerebu setakat 4 petang ini, namun Sri Aman di Sarawak menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat, iaitu 216.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 35 kawasan lain di seluruh negara turut berada pada tahap tidak sihat manakala 27 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan empat kawasan pada tahap baik.

Sarawak kekal menjadi negeri paling terjejas dengan 11 kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Samalaju (196), Samarahan (196), Kuching (191), Bintulu (190), Mukah (188), Sarikei (185), IPD Serian (182), ILP Miri (176), Sibu (174), Miri (170) dan Limbang (157).

Kapit menjadi satu-satunya stesen di negeri itu yang mencatatkan IPU pada tahap sederhana dengan catatan 90.

Sementara itu, enam kawasan di Selangor, iaitu Johan Setia (181), Shah Alam (168), Kuala Selangor (158), Petaling Jaya (157), Klang (156) dan Banting (155) serta Batu Muda (164) dan Cheras (162) di Kuala Lumpur; Putrajaya (162) serta Labuan (157) turut mencatatkan IPU tidak sihat.

Negeri lain yang turut berada pada kategori sama termasuk Pahang melibatkan Jerantut (168) dan Temerloh (161); Nilai (167), Seremban (164) dan Port Dickson (121) di Negeri Sembilan selain Kota Kinabalu (157) serta Kimanis (151) di Sabah dan Tanjung Malim (153) di Perak.

Di selatan tanah air, kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di Segamat (159), Tangkak (151), Batu Pahat (127) dan Kluang (103) di Johor manakala di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah serta Bukit Rambai yang masing-masing mencatatkan bacaan 154.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved