Jeremy Monteiro, Foster angkat bakat Sepilok Jazz

LocalMusic
5 May 2025 • 5:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mohd Nazllie Zainul

MAESTRO jazz Jeremy Monteiro memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Friends of Sea Turtles Education and Research (Foster) dalam meningkatkan usaha bagi program Bakat Sepilok Jazz.

Dilihat sebagai fasa baharu pencarian bakat inisiatif berkenaan menggabungkan pendidikan muzik dengan kesedaran pemuliharaan marin dalam kalangan belia.

“Menghabiskan masa kanak-kanak di Kota Kinabalu ketika ayah bertugas di sana boleh diibaratkan suatu pengalaman yang membentuk saya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saya jatuh cinta dengan Sabah dan mula menemui suara saya sebagai pemuzik hasil bimbingan guru piano yang paling berpengaruh dalam hidup Tan Tze Tong.

“Oleh itu saya sangat gembira untuk kembali menyumbang kepada tempat yang telah membentuk kehidupan awal saya,” kata Monteiro.

Dikenali antarabangsa sebagai “Raja Swing Singapura” Monteiro adalah tokoh penting dalam dunia jazz Asia.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengarah Muzik di Jazz Association (Singapura) serta Profesor Pelawat di University of West London dan menerima beberapa pengiktirafan dari London College of Music dan Royal Society of Arts, UK.

Mengulas tentang semangat program berkenaan Monteiro menyatakan jazz adalah mengenai kebebasan, ketahanan dan keaslian.

Menurutnya semua itu yang dilihatnya di dalam diri anak muda Sabah.

“Kerjasama ini bukan sekadar mencari bakat. Ia tentang memberikan rasa kepunyaan, tujuan dan suara kepada belia.

“Di bawah MoU ini saya akan memainkan peranan sebagai penasihat artistik dan mentor bagi membantu dalam hala tuju program sambil membimbing bakat-bakat muda.

“Ini termasuklah memperhalusi kriteria penjurian, menyokong reka bentuk kurikulum dan memberikan bimbingan pada peringkat akhir pertandingan,” katanya berhasrat untuk menghubungkan pemuzik muda dari Sabah dengan platform jazz serantau.

Sementara itu Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Josie Lai memuji inisiatif terbabit sebagai visi berani bagaimana kreativiti, pemuliharaan dan penglibatan komuniti boleh berkembang bersama sebagai legasi berpanjangan untuk bakat muda serta reputasi Sabah sebagai negeri yang kaya dengan budaya dan prihatin terhadap alam sekitar.

“Kementerian kami berbangga dapat memainkan peranan dalam acara ini dengan memberikan sokongan pembiayaan penuh, menunjukkan komitmen kami terhadap pembangunan belia dan inovasi seni selari dengan usaha pemuliharaan.

“Apabila kita menghimpunkan para pemulihara, penggiat seni, pembuat dasar dan penghibur sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Masa depan Sabah terletak pada kerjasama seperti ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Foster dan Profesor Jeremy Monteiro atas usaha mereka yang memberi inspirasi ini,” Katanya.

Bakat Sepilok Jazz dilancarkan kali kedua sebagai program akar umbi untuk memperkasakan belia melalui ekspresi kreatif sambil memupuk nilai-nilai penjagaan alam sekitar.

MoU yang ditandatangani memperincikan beberapa bidang kerjasama yang dipersetujui bersama.

Monteiro akan menyumbang kepada format pertandingan, membentuk arah seni secara keseluruhan, dan berperanan sebagai mentor kepada peserta terpilih.

Beliau juga akan bertindak sebagai juri pada pusingan akhir dan membantu menjalin hubungan antara bakat tempatan dengan peluang di acara jazz di Singapura dan rantau ini.

Pertandingan Bakat Sepilok Jazz dianjurkan bagi memupuk kecemerlangan muzik dan kesedaran alam sekitar dan peserta digalakkan untuk meneroka tema alam semula jadi, biodiversiti dan identiti tempatan melalui persembahan mereka.

Finalis terpilih akan menerima bimbingan bukan sahaja dari Monteiro tetapi juga dari rangkaian pendidik jazz di seluruh Asia Tenggara.

Dalam pada itu Pengarah Muzik Bakat Sepilok Jazz Cheong Kok Ann menyifatkan penglibatan Monteiro sebagai “titik perubahan” bagi program tersebut.

“Kehadiran beliau akan membuka pintu kepada pemuzik Sabah untuk menyertai dialog jazz global. Ini adalah kerjasama yang berteraskan nilai bersama menggunakan muzik untuk mendidik, memberi inspirasi, dan mengangkat martabat.

“Dengan semangat yang semakin meningkat terhadap Bakat Sepilok Jazz kami juga sedar akan tanggungjawab untuk menjadikannya inklusif dan lestari.

“Ini bermakna melangkaui pentas memberikan bimbingan, mobiliti dan sumber kepada pemuzik muda dalam perjalanan mereka,” Ujarnya.

Pertandingan tahun ini memperkenalkan format baharu termasuk kategori muzik baharu, penyertaan berasaskan kumpulan dan pelancaran malam persembahan awam.

Dalam perkembangan lain Foster dan Monteiro sedang meneroka penubuhan arkib jazz digital untuk Sabah yang akan mendokumentasikan komposisi asal, perjalanan kreatif dan persembahan komuniti yang berfungsi sebagai sumber pendidikan berterusan serta penghargaan terhadap aktivisme kreatif belia.

MoU sah untuk tempoh awal tiga tahun dengan peruntukan untuk semakan dan pembaharuan.

Sebuah jawatankuasa pelaksanaan bersama akan memantau kemajuan, menilai impak dan memastikan program ini berkembang mengikut keperluan belia dan ekosistem muzik Sabah.

Program Bakat Sepilok Jazz pula dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) yang komitmennya menjamin bahawa setiap pemuzik muda tanpa mengira latar belakang, boleh menyertai dengan penuh makna.

View Original Article