Jerman pilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan, Khaled harap hubungan pertahanan terus diperkukuh

LocalPolitics
17 Oct 2024 • 10:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap hubungan pertahanan antara Malaysia dan Jerman terus diperkukuhkan di masa hadapan.

Hasrat itu dinyatakan ketika beliau melakukan lawatan ke kapal frigat Tentera Laut Jerman FGS Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, FGS Frankfurt am Main yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang (PKCT) dari 15 hingga 18 Oktober.

Jerman pilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan

image is not available

image is not available

Pelabuhan persinggahan di PKCT

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Mohamed Khaled merakamkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan.

“Malaysia merakamkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai “port of call” dan berharap Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jerman dapat menggunakan peluang ini untuk mengeratkan hubungan antara keduanya.

“Namun, saya percaya hubungan pertahanan yang baik ini tidak terhad kepada domain laut. Dalam ucapan, saya turut menzahirkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai “stopover” dalam German Air Force’s 2024 Asia-Pacific Tour,” kongsinya dalam hantaran itu pada Rabu.

image is not available

Mohamed Khaled berkata, Malaysia dan Jerman mempunyai kerjasama pertahanan yang baik sejak dahulu lagi melalui pelbagai penglibatan.

“Semoga ia dapat terus diperkukuhkan, termasuklah melalui penglibatan lebih banyak syarikat Jerman semasa LIMA dan inisiatif “Enable and Enhance (E&E)” pada tahun hadapan,” ujarnya.

image is not available