Jerman Tidak Akan Mengharamkan Kelengkapan Telekomunikasi Huawei

TechnologyDigital
3 Dec 2022 • 4:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Huawei Mate 30 Pro 5G

Amerika Syarikat, UK, Kanada, Australia, New Zealand dan Jepun mengharamkan penggunaan alatan telekomunikasi Huawei atas sebab-sebab keselamatan. Jerman walau bagaimanapun tidak mengikut langkah rakan sekutu mereka dengan ia enggan mengharamkan kelengkapan Huawei pada sistem komunikasi penting di negara tersebut.

image is not available

Menurut laporan dari Jerman, 59% kelengkapan 5G RAN di negara tersebut adalah yang dikeluarkan oleh Huawei. Di Berlin pula ia meningkat ke 100%. Minggu lalu Huawei mula mengecilkan operasi mereka di Eropah dengan ibu pejabat utama dipindahkan ke Hannover Jerman dari Belgium tahun ini. Huawei masih mempunyai hubungan yang baik di Jerman berbanding negara Barat yang lain.

View Original Article