Jet ‘halimunan’ F-35 Amerika terhempas

1 Aug 2026 • 10:58 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jet ‘halimunan’  F-35 Amerika terhempas

SAN DIEGO – Sebuah jet pejuang F-35 milik Amerika Syarikat(AS)  terhempas berhampiran pangkalan tentera di San Diego semalam, namun juruterbang terselamat selepas sempat  mengaktifkan kerusi anjal.

“Terdapat kemalangan penerbangan melibatkan pesawat Kor Marin F-35B di kawasan sekitar Stesen Udara Kor Marin (MCAS) Miramar kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan),” kata seorang jurucakap pangkalan itu kepada AFP.

“Juruterbang sempat menggunakan kerusi anjal dan telah ditemukan,” tambahnya.

Dia dibawa ke kemudahan perubatan, manakala kecederaannya tidak mengancam nyawa’.

MCAS Miramar dikenali di seluruh dunia sebagai bekas pangkalan sekolah ‘Top Gun’ Tentera Laut AS untuk juruterbang elit, diabadikan dalam filem Top Gun pada 1986 yang dibintangi oleh Tom Cruise.

Sebuah pesawat F-35B yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak itu berharga kira-kira AS$109 juta (RM445 juta). – AFP

 

The post Jet ‘halimunan’ F-35 Amerika terhempas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved