Jet Pejuang Amerika Syarikat Terhempas Di Laut Merah

7 May 2025 • 2:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jet Pejuang Amerika Syarikat Terhempas Di Laut Merah

WASHINGTON, 7 Mei (Bernama) — Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media AS.

Menurut stesen penyiaran CNN, juruterbang dan seorang pegawai sistem persenjataan sempat melentingkan diri dari pesawat dan diselamatkan dari laut dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pesawat berkenaan masih belum ditemukan.

Seorang pegawai pertahanan Amerika mengesahkan kejadian itu kepada Business Insider, sambil memaklumkan bahawa tiada anggota di dek penerbangan yang cedera.

Insiden ini merupakan “kehilangan” kedua pesawat pejuang F/A-18 — yang dianggarkan bernilai lebih US$60 juta sebuah — dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu.

Dalam kejadian sebelum ini, sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet dilaporkan ‘hilang’ di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman.

USS Harry S. Truman dikerahkan ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi Amerika Syarikat berkaitan kumpulan Houthi di Yaman.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved