Jet terhempas di Bermuda, 6 orang hilang

5 Oct 2026 • 9:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jet terhempas di Bermuda, 6 orang hilang

WASHINGTON – Pengawal Pantai Amerika Syarikat(AS)  menemukan serpihan sebuah pesawat perubatan yang hilang ketika dalam penerbangan dari Bermuda  menuju  Boston, dengan enam orang di dalamnya masih belum dijumpai.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA)  memberitahu Pengawal Pantai pagi kelmarin bahawa  pihaknya terputus hubungan dengan pesawat Gulfstream G100 mempunyai nombor ekor C-GRJP tersebut.

Pasukan Pengawal Pantai telah menemui kawasan serpihan disahkan milik  pesawat hilang itu,” katanya.

Ketika kejadian, ia membawa empat rakyat Kanada dan dua warga Bermuda.

Pesawat kendalian Latitude Air Ambulance  yang berpangkalan di Kanada itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan),  kata seorang jurucakap syarikat Clarence Togeretz kepada AFP.

“Ia membawa dua juruterbang, dua kakitangan perubatan, seorang pesakit dan seorang ahli keluarga,” katanya. – AFP

 

The post Jet terhempas di Bermuda, 6 orang hilang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved