Jetama Sdn Bhd Membuka Kilang Pembotolan Air Baharu pada 26 Februari 2025

LocalBusiness & Finance
3 Mar 2025 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Jetama Sdn Bhd, peneraju dalam pengurusan air minuman berkualiti, dengan penuh bangga mengumumkan pembukaan kilang pembotolan air terbaharu mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Pembukaan kilang air botol ini bukan sahaja menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat, tetapi juga menjadikan Jetama Sdn Bhd sebagai syarikat Government Link Company (GLC) pertama di Negeri Sabah yang telah membuka kilang pemprosesan air botol.

Langkah penting ini semestinya akan mengukuhkan lagi komitmen Jetama untuk menyediakan air minuman berkualiti tinggi kepada komuniti, serta memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat dengan lebih efisien dan mampan.

Inilah satu lagi contoh bagaimana Jetama terus memimpin industri, mencipta sejarah, dan memperkasa ekonomi tempatan di Sabah.

Kilang ini dilengkapi dengan teknologi terkini dan proses pengeluaran yang mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam memastikan setiap botol air yang dihasilkan bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan di seluruh negara.

Dengan pengeluaran yang lebih efisien dan kapasiti yang lebih besar, Jetama Sdn Bhd berazam untuk memperluas rangkaian pengedaran dan menyediakan produk yang dipercayai oleh pengguna.

Selain itu, pada hari yang penuh bermakna ini, acara pembukaan kilang botol Jetama turut diserikan dengan sambutan Tahun Baru Cina. Majlis tersebut telah disambut dengan meriah, menggambarkan perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Jetama. Sambutan tersebut turut memperlihatkan keindahan budaya dan tradisi masyarakat Cina, menjadikan acara ini lebih istimewa.

Pada hari perasmian ini, acara telah dihadiri oleh Datuk Yussof bin Manan (Chairman Jetama Sdn Bhd), Dato’ Juhari bin Janan (Deputy Chairman Jetama Water Sdn Bhd), Datuk Ahmad Naim bin Uddang (Chief Executive Officer Jetama Sdn Bhd), Lembaga Pengarah Jetama, Jetama Water dan Jetama Energy. Mr Ir. Lo Ho Min (Senior General Manager Jetama Sdn Bhd), serta Mr Ts. Jude Abel Logijin (General Manager Jetama Water Sdn Bhd, yang juga merangkap Pengurus Kilang Botol Air KKIP Jetama). Turut hadir barisan General Manager Jetama Sdn Bhd, ketua-ketua jabatan, para jemputan khas, dan warga Jetama Sdn Bhd.

“Pembukaan kilang pembotolan ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dalam pengurusan air minuman yang berkualiti tinggi. Kami percaya ini akan memberi impak positif bukan hanya kepada ekonomi tempatan, tetapi juga kepada masyarakat di sekitar kawasan sekitar,” kata Yg Berbahagia Datuk Yussof bin Manan (Chairman Jetama Sdn Bhd), dalam ucapan beliau semasa hari perasmian.

Kilang ini akan beroperasi dengan mengutamakan keselamatan dan kelestarian alam sekitar, selaras dengan misi syarikat untuk memastikan kebersihan dan keselamatan setiap produk yang dikeluarkan.

Selain itu, langkah-langkah keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan tempatan akan terus diutamakan bagi menjamin kesejahteraan pelanggan.