Jeti buruk boleh undang petaka

26 Jul 2026 • 9:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jeti buruk boleh undang petaka

PONTIAN – Seramai 15 nelayan di Kampung Sungai Chengkeh, Serkat di sini merayu kerajaan membina semula Jeti Pengkalan Surau sepanjang kira-kira 300 meter yang kini uzur dan membahayakan keselamatan pengguna.

Jeti nelayan itu dikatakan dibina 10 tahun lalu menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat sebuah pertubuhan bukan kerajaan, namun kini semuanya sudah mula mereput.

Ab. Samir Mahadi, 69, berkata, jeti berkenaan merupakan laluan utama nelayan untuk menangkap ikan, udang dan ketam yang menjadi sumber pendapatan mereka.

Katanya, nelayan menggunakan jeti itu setiap hari sama ada pada waktu malam, subuh atau petang mengikut keadaan air pasang.

“Keadaan jeti sekarang sangat membimbangkan kerana banyak papan telah reput dan berlubang. Kami berharap pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dapat memberi perhatian.

“Jika tidak diganti dengan jeti baharu, kerosakan akan menjadi semakin serius sekali gus me­ng­ancam keselamatan nelayan yang menggunakannya setiap ha­ri,” katanya.

Ghazali Saadon, 67, pula berkata, faktor usia menyebabkan dia lebih bimbang menggunakan jeti tersebut yang kini berlubang di beberapa bahagian.

Katanya, keadaan itu menjadi lebih berbahaya apabila nelayan membawa pulang hasil tangkapan yang banyak kerana dikhua­tiri struktur jeti tidak lagi mampu menampung beban.

“Bukan sahaja bimbang jeti patah, malah kaki juga boleh terperosok ke dalam lubang ketika pikul hasil tangkapan,” katanya.

The post Jeti buruk boleh undang petaka appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved