Jetour X70 Plus Tukar Nama Kepada Jetour VT9, Ini Sebabnya...

LocalCars
17 Apr 2025 • 7:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas pelbagai spekulasi, akhirnya nama rasmi untuk model baharu Jetour yang sebelum ini dikenali sebagai X70 Plus telah pun disahkan, ia kini dikenali sebagai Jetour VT9.

Dibocorkan Awal oleh Pengedar

image is not available

KEMASKINI: Kami telah mengemas kini dan membetulkan laporan ini setelah wakil Jetour Malaysia menghubungi kami dan menjelaskan bahawa berlaku salah faham dalaman yang menyebabkan laman pratonton rasmi model baharu itu disiarkan lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. Laman web tersebut kini telah diturunkan, dan Jetour Malaysia turut mengesahkan bahawa pendaftaran minat (ROI) untuk model VT9 belum dibuka setakat ini.

Segalanya bermula apabila seorang pengedar Jetour memuat naik hantaran di Facebook dengan penerangan yang menyebut nama baharu itu. Walaupun hantaran itu kemudiannya dipadam dan disunting, netizen sempat menangkap layar kandungan asal yang menyebut jelas nama “Jetour VT9”.

Elak Isu Nama Sama dengan Pesaing Tempatan

image is not availableimage is not available

Jetour VT9 bakal memberi saingan kepada Proton X90 (kiri) dan Chery Tiggo 8 Pro (kanan)

Penjenamaan semula ini dilihat sebagai langkah bijak untuk mengelakkan sebarang konflik jenama, memandangkan nama “X70” cukup sinonim dengan SUV dari jenama nasional. Nama VT9 ini digunakan eksklusif untuk pasaran Malaysia, sementara pasaran lain kekal menggunakan nama asal X70 Plus.

Pelancaran Dijangka April Ini, Sekitar RM130,000

Menurut sumber dari Facebook yang sama, pelancaran rasmi VT9 mungkin berlangsung hujung April ini dengan anggaran harga bermula daripada RM130,000, meletakkannya dalam kelas yang sama dengan Proton X90 yang dijual pada harga antara RM123,800 – RM152,800 dan Chery Tiggo 8 Pro yang dijual pada RM159,800.

Lebih Besar daripada Jetour Dashing

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk makluman, Jetour VT9 adalah sebuah SUV bersaiz sederhana dengan tiga baris tempat duduk. Ia lebih besar berbanding model Dashing (SUV dua baris) yang baru sahaja dilancarkan awal April ini dengan harga bermula RM109,800.

Pelancaran Sebenar Mungkin Di Malaysia Autoshow 2025?

image is not available

Walaupun ada dakwaan pelancaran akan dibuat hujung bulan ini, kemungkinan besar Jetour hanya akan membuat pratonton awal di bilik pameran terlebih dahulu. Pelancaran rasmi dijangka akan diadakan semasa Malaysia Autoshow 2025 bulan depan.