Jetpack Pada WordPress Menambah Sokongan AI Untuk Membantu Dalam Menulis

TechnologyDigital
8 Jun 2023 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan ledakan arena kecerdasan buatan, kini Automattic, syarikat disebalik WordPress turut tidak ketinggalan, dan telah mengumumkan sokongan kecerdasan buatan dalam membantu para pengguna dalam menulis artikel pada blog masing-masing.

image is not available

Sokongan ini diperkenalkan melalui pemalam Jetpack yang sedia ditawarkan kepada pengguna. Dinamakan Jetpack AI Assistant, ia ditawarkan secara percuma untuk 20 penggunaan pertama, dan seterusnya akan dikenakan caj sebanyak $10 sebulan selepas itu.

image is not available

Semua pengguna yang menggunakan WordPress dan mempunyai pemalam Jetpack terpasang boleh mencuba ciri ini pada hari ini. Daripada percubaan kami sendiri, untuk penggunaan bahasa Malaysia, ia menyertakan input dalam bahasa Indonesia – tetapi berfungsi dengan lancar untuk bahasa Inggeris.

Dengan integrasi ini, ia dijangka akan memudahkan lagi proses penulisan dan pengurusan kandungan oleh pelbagai laman seluruh dunia.