Pasar Pagi Taman Sea ditutup sementara

29 Apr 2020 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PETALING JAYA - Operasi di Pasar Pagi Taman Sea ditutup bermula hari ini sehingga satu tempoh diumumkan kelak.

Difahamkan, penutupan itu bertujuan untuk pelaksanaan proses nyah cemar dan kepatuhan terhadap garis panduan penjarakan sosial oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei berkata, memandangkan Pasar Taman Sea merupakan sebuah pasar swasta, pembukaan semula operasi di sini akan bergantung kepada tahap kepatuhan terhadap garis panduan yang dikeluarkan.

"Penutupan pasar ini adalah untuk memastikan keselamatan semua penduduk dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini," katanya menerusi kenyataan dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya.

Sebelum ini, beberapa pasar juga terpaksa ditutup selepas terdapat peniaga didapati positif wabak Covid-19 dipercayai dari kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

Pasar terlibat adalah Pasar Taman Megah, Petaling Jaya; Pasar Besar Bahau, Jempol; Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya dan Pasar Raja Bot (Pasar Chow Kit), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Yi Wei berkata, penduduk setempat boleh mengunjungi pasar-pasar alternatif bagi mendapatkan barangan keperluan harian masing-masing antaranya di Pasar Awam Seksyen 14, Pasar Awam Seksyen 17, Star Grocer Taman Paramount, Pasar Besar Kampung Chempaka dan Pasar Seri Setia.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved