Jheains akan anjur kursus urus kewangan masjid, surau

12 Jun 2023 • 3:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) akan menganjurkan kursus pengurusan kewangan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi memastikan ketelusan kewangan terus terpelihara.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, pada masa sama, kursus itu perlu untuk memenuhi kerja-kerja audit yang sudah dilaksanakan Jheains sejak tiga tahun lalu.

“Kita akan laksanakan kursus pengurusan kewangan ini di masjid dan surau di seluruh Sabah bagi memastikan laporan kewangan yang lebih tersusun untuk diaudit sekaligus memastikan pengurusan lebih telus.

“Pada masa sama, memastikan pemberi sumbangan berpuas hati dengan perjalanan sedekah yang mereka salurkan kepada masjid atau surau,” katanya.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Penutupan Program Pemimpin Cakna Asnaf dan Ilmu Kawasan Dewan Undangan Negeri Lumadan di Masjid Darul Ikhwan Desa Lestari Kampung Suasa, di sini, pada Ahad. Turut hadir ialah Yang DiPertua (YDP) Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Datuk Sapawi Ahmad; Pengarah Jheains, Datuk Saifulzaman Sangul dan Imam Masjid Abbad Mekah, Al-Hafiz Mohamad Sharif Mohamad Imrani.

Mengenai program itu, Ruslan yang juga wakil rakyat Lumadan berkata, antara pengisian progam sehari itu termasuk pengurusan jenazah dan ceramah daripada Baitul Mal dan Pusat Zakat Sabah.

Katanya, seramai 113 asnaf dari kawasan Dun Lumadan hadir bagi mendengar taklimat daripada kedua-dua entiti di bawah Jheains itu tentang status wang bantuan bulanan golongan terbabit.

“Melalui taklimat ini, para asnaf yang hadir kini telah maklum mengapa ada di antara mereka sudah tidak lagi menerima bantuan sebagaimana sebelumnya.

“Antara puncanya, taraf hidup mereka sudah meningkat kerana ada kalangan anak-anak sudah bekerja dan pada masa sama mampu menyara ibu atau bapa mereka berbanding sebelum ini.

“Syukur semua asnaf yang hadir kini sudah faham situasi ini, sekaligus menjawab segala persoalan mereka selama ini,” katanya.

Terdahulu, semua pemimpin masyarakat akar umbi Dun Lumadan turut hadir di program pengurusan jenazah bagi memastikan mereka mempunyai ilmu fardhu kifayah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.