Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik, perak, Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT Aizi Saidi berkata pihaknya menerusi Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Besut akan menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan tiada amalan syirik atau khurafat dilakukan di kawasan perkuburan berkenaan.
JHEAT pantau kubur Nurly

Foto: Harian Metro
Ujarnya, sebarang perbuatan bercanggah dengan hukum syarak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3A, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang membawa kepada hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun.
“Mana-mana individu yang melakukan perbomohan, sihir atau apa-apa yang bercanggah dengan enakmen boleh dikenakan tindakan. JHEAT amat memandang serius perbuatan khurafat yang menyalahi agama,” katanya.
Terdahulu, tular hantaran di media sosial dakwaan terdapat individu yang bertindak mengambil tanah kubur untuk dibawa pulang bagi tujuan tertentu.

Foto: Harian Metro
Susulan itu, keluarga Allahyarham Nurly Sahirah telah memasang tali penghadang di sekeliling kubur bagi mengelak perbuatan itu berulang disamping menetapkan waktu kunjungan orang ramai dihadkan dari 9 pagi hingga 6 petang.
Sekadar info, Allahyarhamah Nurly Sahirah adalah antara 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan pada 9 Jun lepas apavila bas yang dinaiki mereka dalam kemalangan di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Sumber: Bernama
The post JHEAT Pantau Kubur Nurly, Ambil Tindakan Terhadap Sebarang Perbuatan Khurafat appeared first on Borak Daily.


