
KUALA PENYU: Kerajaan sentiasa memperjuangkan kepentingan wanita khususnya kumpulan B40 melalui pelbagai usaha di bawah agensi berkaitan bagi memberi kesedaran kepada golongan itu tentang hak mereka.
Terbaru, Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) Negeri Sabah turut mengambil inisiatif sama dengan menganjurkan program ‘Outreach’ Santuni Wanita yang diadakan di Dewan Dato Shahbandar Makang, di sini.
