JHL Sandakan tembak mati buaya 60kg

6 Oct 2022 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sandakan menembak sehingga mati seekor buaya di kawasan bakau Taman Millennium, Batu 4, pagi Rabu.

Menurut Pegawai Hidupan Liar Daerah Sandakan, Hussien Muin, pihaknya menerima empat aduan sebelum ini mengenai kehadiran buaya di kawasan bakau berhampiran taman perumahan tersebut.

Ketika ditemui media, Hussien berkata pihaknya serta Adun Elopura Sandakan, Calvin Chong pergi ke lokasi tersebut untuk memasang papan tanda amaran pada pagi Rabu.

“Semasa berada di lokasi, anggota JHL mengesan kehadiran seekor buaya di tepi kawasan paya bakau dan mengambil keputusan untuk menembak buaya tersebut pada lebih kurang jam 10.38 pagi demi keselamatan orang awam.

“Buaya tersebut dianggarkan berusia 9 tahun dengan berat 60 kilogram dan panjangnya 9 kaki. Beliau menasihati orang awam agar menghubungi JHL sekiranya melihat kehadiran buaya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.