JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu

LocalEnvironment
14 Nov 2024 • 10:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JHL menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku di sini bermula Isnin lepas. Gambar hiasan

LAHAD DATU - Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku di sini bermula Isnin lepas.

Pegawainya, Hairulnizam Hasnan @ Magiol berkata, JHL menerima aduan daripada pihak ladang berhubung kehadiran buaya tersebut dan khuatir akan keselamatan pekerja mereka.

"Operasi tiga hari ini dijalankan bagi memastikan keselamatan pekerja ladang dan kaedah pancing buaya digunakan untuk menangkap haiwan itu.

"Kami (JHL) memasang pancing buaya di sekitar sungai serta pantai dan kemudian menunggu panggilan pihak ladang sekiranya terdapat buaya memakan umpan pancing tersebut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, susulan operasi itu empat buaya berjaya ditangkap sebelum ditembak mati dan bangkainya ditanam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved