Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mencapai persetujuan untuk mendapatkan semula dana lebih AS$100 juta (kira-kira RM471 juta) daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Dalam satu laporan, dana yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu termasuk karya seni Claude Monet dan Andy Warhol dan sebuah apartment mewah di Paris bernilai AS$67 juta (RM315.7 juta) akan dikembalikan kepada Malaysia.
Pendakwa raya mendakwa aset itu dikaitkan dengan wang tunai yang diperoleh untuk dana 1MDB sejak 2012 dan 2013.
Secara keseluruhan, lebih AS$4.5 bilion (RM21.2 bilion) didakwa dicuri daripada dana 1MDB.
Pemindahan beberapa aset lain
Dalam pada itu, Low juga bersetuju untuk bekerjasama dalam pemindahan ke Malaysia untuk beberapa aset lain yang terletak di Hong Kong, Switzerland dan Singapura yang dikaitkan dengan dana 1MDB.
“Perjanjian itu menyelesaikan tindakan rampasan sivil terhadap sebuah apartmen mewah di Paris dan karya seni yang terletak di Switzerland oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet, yang dibeli Low dengan jumlah kira-kira AS$35 juta (kira-kira (RM146.57 juta),” menurut kenyataan Jabatan Kehakiman.
Selain itu, ahli perniagaan itu dan keluarganya juga akan menyerahkan harta bernilai AS$67 juta (RM280.47 juta), termasuk hartanah dan akaun bank di Hong Kong, Singapura dan Switzerland.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro
The post Jho Low & ahli keluarga akan pulangkan aset 1MDB RM471 juta appeared first on The Reporter.



