Ji Changwook Dilamar Sertai Ma Dongseok Dalam Drama Superhero ‘Twelve’

9 Apr 2024 • 12:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Memang mantap ni kalau dapat tengok Ji Chang-wook bergandingan dengan Ma Dong-seok dalam satu projek!

Terbaru, Ji Chang-wook dilapor telah menerima tawaran untuk terajui drama superhero baru berjudul “Twelve” dan secara positif sedang menelitinya kini.

Sebelum ini, Ma Dong-seok juga telah ditawar untuk muncul dalam drama yang sama, dengan wataknya sebagai Taesan, ketua wira.

Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa pengesahan lagi tentang penampilan mereka setakat ini dari agensi.

image is not available

Untuk pengetahuan, “Twelve” menggambarkan perjuangan pahlawan dengan pelbagai kebolehan dan azimat, untuk melindungi Semenanjung Korea daripada roh jahat.

Jika Ji Chang-wook menerima tawaran ini, dia dijangka akan membawa watak sebagai salah seorang hero yang melindungi Semenanjung Korea bersama Taesan.

Sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai “Twelve”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.