Jijik! Restoran Penuh Tahi Tikus Diserbu KPDN, Siap Salah Guna Tanda Halal [Video]

LocalFood
12 Nov 2025 • 12:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kebersihan merupakan aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu khususnya peniaga makanan.

Namun entah mengapa, ada segelintir yang dilihat mengabaikan aspek ini terutama dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

Walaupun telah pelbagai kempen atau peringatan dibuat, masih ada yang tidak sedar malah mengendahkan aspek kebersihan ini.

KPDN Serbu Restoran Di Melaka, Papar Tanda ‘Halal’ Tidak Sah Untuk Tarik Pelanggan

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah menyerbu sebuah restoran di negeri tersebut yang memaparkan ‘tanda’ halal namun didakwa telah menyalah gunakan tanda berkenaan bagi menarik pelanggan.

Manakan tidak, menerusi video yang dikongsikan di Facebook, keadaan dapur kedai makan itu tidaklah melambangkan status halal yang dimilikinya.

Lebih mengejutkan, pihak restoran dipercayai tidak pernah memohon penggunaan tanda halal yang digunakan daripada pihak berwajib.

“You faham tak apa you punya salah? Cerita dia, you punya salah, you guna halal, you panggil orang datang kedai, you cakap kedai ini bersih, segala-galanya bersih.

“Suci tanpa was-was boleh makan, you dah letak halal tapi you tak apply pun,” kata penguat kuasa itu.

Tempat Tebar Roti Canai Ada Najis Tikus, Peralatan Tidak Disimpan Dengan Baik

Melalui perkongsian video itu, jelas terdapat tahi tikus berada pada tempat menebar roti canai.

Bukan itu sahaja, sangkar tikus yang terdapat haiwan berkenaan turut diletakkan berhampiran dengan dapur gas.

“Macam mana you cakap, you guna halal lepas tu, you panggil semua orang datang, makanan sini bersih.

“Halal itu, bukan sahaja sumbernya halal, proses nak buat itupun kena bersih,” katanya.

Lebih mengejutkan, terdapat bungkusan mi yang dipercayai telah digigit haiwan berkenaan.

Malah, pisau yang telah digunakan diletakkan begitu sahaja di dalam peti sejuk selain bekas menyimpan sambal dibiarkan dalam keadaan yang terbuka.

“Apa yang orang makan sepatutnya bersih, (jadi) tak bersih. Harga sekeping roti canai, RM1.50, itu dah termasuk kebersihan tau,” katanya.

Pada akhir video berkenaan, kedengaran penguatkuasa KPDN itu sekali lagi memberi amaran kepada pengurus restoran agar menjaga kebersihan di premisnya.

“Orang makan bukan main-main. Pertama, you dah salah guna halal. You pancing orang datang, you cakap kedai ini ada dapat halal, itu memang salah.

“Yang kedua, bawah halal juga, ini tanggungjawab masyarakat. Saya kecewalah. You punya tempat nak siapkan roti canai pun dah macam kolam renang tikus.

“You manager, you must make sure the cleanliness,” katanya lagi.

Pengguna Media Sosial Geli Lihat Keadaan Restoran, Mahu KPDN Ambil Tindakan Tegas

Video yang telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan meluahkan rasa geli apabila melihat keadaan restoran terbabit yang disifatkan kotor.

Bukan itu sahaja, majoriti daripada mereka turut meminta agar KPDN bertindak lebih tegas dengan membatalkan lesen kedai makan berkenaan.

Namun pada masa sama, ada netizen yang memuji tindakan KPDN dalam membanteras premis sebegini.

Sebagai info, logo halal yang dikeluarkan pihak berkausa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) tidak hanya mengesahkan status halal sesuatu produk atau perniagaan.

Sebaliknya, ia turut memberi jaminan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan produk itu.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Sebab Tu Aku Geli Nak Makan Kedai Mamak, Terus Terang Cakap, Bukan Semua Tapi Banyak Tak Bersih”

image is not available

“Batal Je Lesen & Sita Terus Kedai Serta Denda RM1 Juta, Bayangkan Orang Lain Tak Tahu Kedai Ni Tak Halal & Rosakkan Nama Islam”

image is not available

“Terbaiklah Pegawai Yang Membanteras Salah Guna & Etika Dalam Perniagaan”

image is not available

“Bagus Penerangan Encik, Bagi Semua Celik Otak Halal Tu Apa”

image is not available

“KPDN Melaka Terbaik! Tahi Tikus Sangat Berbahaya & Boleh Menyebabkan Keracunan Makanan & Kematian”

image is not available

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal

Baca Artikel Berkaitan: “Geli Tekak Aku” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Daun Pisang Balut Pulut Sambal Yang Dibeli Kotor [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Aku Ingatkan Tumit” – Sudu Berkerak Di Kedai Makan Buat Ramai Rasa Jijik

View Original Article