“Jijiknya Poster”- Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Imej Mirip ‘Miss V’ Buat Ramai Tergamam

Design
28 Jun 2024 • 3:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pada masa kini, setiap peniaga mempunyai cara tersendiri dalam menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.

Ada yang menggunakan teknik pemasaran dengan mengupah influencer untuk membuat review.

Tidak kurang juga yang mempromosikannya di platform media sosial sendiri menggunakan gambar atau ilustrasi kreatif bagi menarik pelanggan.

Walau bagaimanapun, ada segelintir peniaga dilihat kurang sensitif dalam pemilihan gambar yang digunakan diiklan khususnya melibatkan produk kesihatan dalaman dan batin.

Guna Gambar Melambangkan Alat Kemaluan Wanita

Terbaharu, tular di aplikasi X mengenai iklan produk kesihatan dalaman wanita keluaran Nilofa Group.

Menerusi ciapan tersebut, pengguna berkenaan berkongsikan gambar iklan produk kesihatan wanita keluaran syarikat tersebut iaitu Isterix.

Apa yang menjadi perhatian adalah gambar yang dipercayai buah Aprikot atau Peach itu dilihat menyerupai bentuk kemaluan wanita.

Malah menerusi balasan ciapan, ada pengguna yang mendakwa produk tersebut merupakan keluaran daripada selebriti terkenal, Neelofa.

“Hajah korang lama menyepi dia kembali dengan ubat b*rit,” ciap pengguna berkenaan.

image is not available

Pengguna Luah Rasa Kurang Senang, Anggap Ia Sebagai Satu Perkara Keterlaluan

Ciapan tersebut nyata menarik perhatian pengguna X. Rata-rata daripada mereka terkejut dengan gambar itu dan meluahkan rasa kurang senang dengan apa yang dilihat.

Kebanyakan mereka menganggap ia terlalu keterlaluan kerana dilihat betul-betul menyamai alat sulit wanita.

Ada juga yang mempertikaikan bagaimana gambar sebegitu boleh diiklankan di platform media sosial sedangkan sebelum ini ada jenama tuala wanita terkenal ditegur gara-gara mengeluarkan gambar bunga berbentuk seperti Miss V.

Tidak kurang juga ada yang terkejut dengan ciapan tersebut kerana tidak menyangka iklan sebegitu dikeluarkan oleh syarikat milik Neelofa yang dikenali menjaga aurat dengan sempurna.

Namun, ada yang berpendapat kemungkinan akaun tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mempromosikan iklan sedemikian.

Hasil tinjauan kami menerusi akaun Instagram rasmi milik Nilofa Group mendapati gambar tersebut sememangnya dimuat naik oleh mereka yakni pada penghujung Mei yang lalu.

Malah, terdapat banyak lagi hantaran yang menunjukkan ilustrasi menyamai alat sulit wanita bagi menggambar dan mempromosikan keberkesanan produk buat kaum hawa itu.

image is not available

Isterix Adalah Minuman Botanikal

Carian kami di laman Nilofa Plus mendapati Isterix ini adalah minuman botanikal campuran berperisa aprikot yang mengandungi 19 jenis herba yang membantu meningkatkan libido dan membaiki kesihatan dalaman wanita.

Menurut laman tersebut, antara herba yang digunakan adalah Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Manjakani, Gadis Lompat, Mengkudu dan banyak lagi.

image is not available

Berikut antara komen warganet:

“Gambarnya Pun, Siap Berair Menitik Dah Kenapa?”

image is not available

“Jijik Betul Dengan Dia Ni”

image is not available

“Ke Ada Orang Hack? Macam Tak Percaya Orang Bertutup Buat Produk Macam Ni”

image is not available

“Wei Sumpahla Nilofa Buat Produk Ni?

image is not available

“Rasanya Berdosa Pos Gambar Yang Boleh Menaikkan Syahwat Orang Lain”

image is not available

“Disturbingnya Gambar Macam Ni Datang Daripada Pengasas Isteri Ustaz?”

image is not available

“Jijik Gila Gambar Iklan Produk Neelofa Ni, Please La Stop Iklan Berbaur Lucah Ni”

image is not available

“Betul Ke Ni? Tak Kena Hack Kan?”

image is not available

Source: