Jika Ada Maklumat, Bukti Kukuh, Sahih, Kerajaan Teruskan Pencarian MH370

5 Nov 2024 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, pesawat MH370 hilang, namun kerajaan masih berhasrat untuk mencari pesawat malang itu.

Menteri Pengangkutan berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mencari pesawat MH370 sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk yang sahih dan kukuh.

Difahamkan, Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan rundingan mengenai tawaran daripada syarikat Ocean Infinity di United Kingdom yang dikemukakan pada Jun lepas untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bangkai pesawat itu, melalui operasi pencarian dasar laut.

Rundingan itu melibatkan pengesanan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di Selatan Lautan Hindi.

image is not available

"Rundingan ini berdasarkan prinsip 'no find, no fee' yang mana kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Tambah beliau, lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan syarikat Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat pakar dan penyelidik yang dirujuk oleh syarikat tersebut.

"Cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity ialah cadangan yang kukuh dan boleh dipertimbangkan kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370," katanya.