Jika Hujan Berterusan, Aras Air Empat Sungai Di Selangor Diramal Melepasi Paras Bahaya

17 Nov 2022 • 8:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jika Hujan Berterusan, Aras Air Empat Sungai Di Selangor Diramal Melepasi Paras Bahaya

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia pagi tadi mengeluarkan satu notis berkenaan ramalan banjir di empat stesen sungai di Selangor.

Menerusi notis hebahan berkenaan, aras air di empat stesen melibatkan empat sungai di Selangor diramal akan melepasi paras bahaya sekiranya hujan berterusan.

Empat stesen tersebut melibatkan Sungai Binjai di Pekan Meru dalam daerah Klang, Sungai Bakul di Kampung Budiman dalan daerah Petaling, Sungai Beranang di Pekan Beranang dalam daerah Hulu Langat dan Sungai Jijan di Taman Desa Merpati dalam daerah Sepang.

Aras semasa di Sungai Binjai adalah 4.14 meter dan aras bahayanya pula adalah 4.32 meter. Jika hujan berterusan, aras semasa Sungai Binjai dijangka akan melepasi paras bahaya sebanyak 0.12 meter pada 6 pagi tadi.

Manakala di Sungai Bakul pula, aras semasa sungai tersebut adalah 7.74 meter dengan aras bahayanya pula pada 8.20 meter. Sungai tersebut dijangka akan melepasi paras bahaya sebanyak 0.2 meter juga pada 6 pagi sekiranya hujan berterusan.

Seterusnya di Sungai Beranang, aras semasa sungai tersebut adalah 31.77 meter dengan paras bahaya pula pada 32.13 meter. Sekiranya hujan berterusan, paras air Sungai Beranang diramal akan melepasi paras bahaya sebanyak 0.03 meter pada 9 pagi ini.

Di Sungai Jijan, paras semasa sungai tersebut adalah 11.36 meter dan paras bahaya adalah 12.05 meter. Paras sungai tersebut diramal melepasi paras bahaya sebanyak 0.05 meter pada 9 pagi ini, juga jika hujan berterusan.

Notis berkenaan dikeluarkan jam empat pagi tadi dengan aras semasa air di keempat-empat stesen tersebut menunjukkan trend menaik.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kawasan di sekitar Klang dan Shah Alam dilanda banjir susulan hujan lebat semalam.

Sumber: JPS Malaysia