Jika Kadar Kelahiran Bayi Rendah Berterusan, Jepun Dijangka Akan Jadi Negara Pertama ‘Pupus’

WorldBusiness & Finance
9 Jan 2025 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan kadar kelahiran anak semakin hari semakin rendah, Jepun dijangkakan akan menjadi negara pertama yang pupus dari muka bumi ini jika perkara itu berterusan.

Penduduk Jepun akan pupus?

Perkara tersebut disuarakan oleh seorang profesor di negara itu yang bernama Hiroshi Yoshida dan katanya, lagi 695 tahun lagi, jika perkara ini berterusan, Jepun hanya akan ditinggalkan dengan seorang anak sahaja.

image is not available

Melalui data, kadar kelahiran di negara itu menurun dengan cepat, di mana pihak kerajaan memaparkan pada tahun 2023 ia turun hingga ke 1.20 dan merupakan rekod yang terendah.

Kerajaan lancarkan aplikasi ‘dating’

Difahamkan, faktor perkara itu kerana penduduk di sana semakin banyak yang tidak berkahwin dan menurut laporan, kira-kira 28 peratus kaum lelaki berumur 50 tahun tidak berkahwin, manakala kaum wanita pula 17.8 peratus.

image is not available

Bagi mengatasi masalah ini, penggubal dasar sedang mengkaji cara agar hal ini tidak berterusan dan tahun lalu, Kerajaan Metropolitan Tokyo melancarkan aplikasi temu janji dengan harapan ia merupakan langkah pertama mereka lebih dekat dengan perkahwinan.

image is not available 2 months ago

Nak Pergi Bercuti Naik Kapal Terbang? Ini Syarat Yang Perlu Dipatuhi Kalau Nak Bawa Bagasi Naik Kabin