Jika Lesen, Geran Hilang Atau Rosak, Mangsa Banjir Tidak Perlu Buat Semula

LocalCars
9 Dec 2024 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Di sebalik dilanda musibah, mangsa banjir yang mengalami masalah geran kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) hilang atau rosak tidak perlu membuat penggantian dokumen berkenaan.

Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, baru-baru ini.

image is not available

Mereka tidak perlu berbuat demikian memandangkan semua dokumen terbabit boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ .

Menurutnya, dengan membuat pendaftaran di aplikasi terbabit agensi penguat kuasa seperti JPJ juga dapat menentukan kesahihan dokumen terbabit.

Individu yang masih tidak mempunyai MyJPJ, mereka hanya perlu mendaftar untuk mengakses dokumen digital seperti lesen, cukai jalan, geran dan Sijil Pemilikan Sementara (VOC).

"Tidak perlu dirisaukan kerana mana-mana yang terkesan (mangsa banjir) tidak perlu membuat penggantian.

"Tanggungjawab untuk menentukan kesahihan lesen atau cukai jalan terletak di bahu agensi penguat kuasa itu sendiri dan kita juga ada pendigitalan," katanya.