‘Jika sebulan dua roadtax & insurans tamat tempoh, insha-Allah boleh timbang rasa, tapi ini dah 7 bulan’ – JPJ jawab kritikan tiada timbang rasa

14 Sep 2023 • 12:41 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isu yang membabitkan motosikal milik penunggang p-Hailing disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam, masih lagi menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen di media sosial.

Ramai yang mengkritik JPJ tidak bertimbang rasa dan tiada keperluan untuk mengenakan tindakan sita terhadap kenderaan milik lelaki berusia 26 tahun berkenaan.

Perasaan simpati netizen terhadap penunggang p-Hailing itu semakin meningkat selepas seorang kartunis yang prihatin menerbitkan lukisan lelaki itu dengan ayat ‘makan dalam’.

image is not available
Sumber gambar: Bujang Kartun

Menyedari ramai yang melemparkan komen-komen negatif, pengendali Facebook rasmi JPJ tampil memberi penjelasan bahawa, cukai jalan dan insuran penunggang p-Hailing itu didapati telah tamat tempoh sejak 6 Februari 2023.

Kritikan netizen yang mendakwa JPJ tidak bertimbang rasa juga adalah tidak wajar kerana tindakan yang diambil juga berdasarkan undang-undang demi menjaga keselamatan penunggang dan pengguna lain.

“Roadtax dan insurance tamat pada 6/2/2023. Jika sebulan dua, insyaAllah boleh timbang rasa. Tapi ini (dah) tujuh bulan saudara.

“Jika dalam tempoh tujuh bulan ini berlaku kemalangan, karektor kartun apa pula saudara nak buat bagi memupuk pentingnya roadtax dan insurance itu demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain?” katanya.

image is not available
Kenyataan balas JPJ

Berdasarkan gambar yang tular, ramai yang bersetuju dengan kenyataan JPJ.