“Jika Tinggal Setengah Hari Untuk Hidup Pun, Saya Tetap Akan Kerja” – Tun M Kembali Ke Pejabat

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 5:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat kembali ke pejabat pada Selasa (13 Oktober), kira-kira dua minggu selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads @amofficialmy, negarawan berusia 101 tahun itu dilihat mengenakan baju Melayu lengkap bersongkok dan kelihatan lebih sihat.

Advertisement

Kemunculan semula beliau turut memperlihatkan semangatnya untuk meneruskan rutin harian meskipun masih melalui tempoh berduka selepas kehilangan teman hidup selama 70 tahun.

Tun M ziarah pusara Tun Hasmah

“Kuat betul semangat beliau…”

Pengguna Threads berkenaan meluahkan rasa syukur melihat keadaan terkini Tun Mahathir yang kembali menjalani rutin di pejabat.

Beliau nampak lebih sihat dan dilihat memakai Baju Melayu lengkap dengan songkok. Kuat betul semangat beliau walaupun tengah fasa berduka.

Individu berkenaan turut menitipkan doa agar bekas Perdana Menteri itu terus diberikan kesihatan serta kekuatan untuk menghadapi kehilangan insan tersayang.

Tun Mahathir kembali ke pejabat

Terdahulu, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.

Jenazah Allahyarhamah kemudian disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Pemergian Allahyarhamah menamatkan perjalanan rumah tangga pasangan berkenaan yang telah bersama selama tujuh dekad sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956.

tun M2026-10-07 12:56:26

Lengan Berbalut Wayar Dan Jarum, Tun Mahathir Tak Lelah Ziarah Pusara Tun Hasmah- “Hebatnya Cinta Beliau Pada Isteri"

The post “Jika Tinggal Setengah Hari Untuk Hidup Pun, Saya Tetap Akan Kerja” – Tun M Kembali Ke Pejabat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved