“Jika Usaha Pemulihan Berterusan, Sungai Klang Berpotensi Jadi Lokasi Rekreasi Mandi” – Zaini Ujang

LocalEnvironment
6 Oct 2025 • 2:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan The Sun, Sungai Klang berpotensi dijadikan sebagai lokasi rekreasi termasuk untuk mandi jika usaha pemulihan dah pemuliharaan diteruskan secara berterusan.

Menurut Presiden Sahabat Sungai Malaysia Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang, aktiviti mandi sungai bukan saja sekadar aktiviti riadah tetapi boleh dijadikan sebagai penanda aras baru untuk menilai tahap kebersihan sungai negara ini.

image is not available

Sumber : Berita Harian 

Kata beliau, orang dahulu kala sering bermandi-manda di dalam sungai sama ada pagi atau petang sebagai keperluan asas dan susulan itu, Zaini merasakan sudah tiba masanya aktiviti mandi sungai dijadikan sebagai penanda bersih sungai.

Apabila kita kata sungai ini bersih atau tidak, rakyat mungkin sukar faham. Tapi bila ditanya boleh mandi atau tidak, ia lebih mudah difahami.

image is not available

Sumber : Kosmo 

Dalam pada masa yang sama, usaha untuk meletak tebing sungai juga perlu dilakukan supaya lebih menarik dan selamat untuk pengguna.

Sungai yang bersih bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk tempatan malah berpotensi menjadi tarikan pelancong.

image is not available 2025-06-16 16:56:28

Lebih 10 Mayat Termasuk Bayi Ditemui Sepanjang Kerja Pemulihan Sungai Klang