Jill Biden dalam keadaan sihat selepas jalani prosedur ‘cancerous lesion’: Rumah Putih

12 Jan 2023 • 1:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Jill Biden (gambar) dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat selepas menjalani prosedur “cancerous lesions”, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik Rumah Putih pada Rabu.

Pakar bedah Pusat Perubatan Walter Reed di Bethesda, Maryland, berjaya mengeluarkan ketulan kecil di atas mata kanan beliau serta satu lagi ketulan di dada.

“Semua tisu kanser sudah dibuang...,“ kata doktor presiden, Dr Kevin O’Connor.

Jill Biden, 71, yang ditemani suaminya Presiden Joe Biden tiba di Walter Reed kira-kira 8 pagi.

Beliau dijangka kembali ke Rumah Putih pada Rabu petang. -Bernama