JIM 'kutip' 114 PATI di tapak projek hidrokuasa

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 10:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Warga asing cuba bersembunyi elak dicekup pihak berkuasa. Foto JIM Kelantan
image is not available
Seramai 114 PATI ditahan dalam Operasi Bersepadu JIM Kelantan di tapak projek hidrokuasa sekitar Dabong, Kuala Krai pada Isnin. Foto JIM Kelantan
image is not available
Pemeriksaan dilakukan terhadap 369 warga asing yang bekerja dan tinggal di kawasan projek berkenaan. Foto JIM Kelantan
image is not available
Kesemua PATI disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Foto JIM Kelantan

KUALA KRAI – Seramai 114 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan di tapak projek hidrokuasa sekitar Dabong di sini pada Isnin.

Timbalan Pengarah JIM Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI itu diberkas hasil pemeriksaan terhadap 369 warga asing yang bekerja dan tinggal di kawasan projek berkenaan.

**media[3499557]**

Menurut beliau, antara warga asing yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, Pakistan, Myanmar, Indonesia dan China.

"Operasi bermula jam 5 petang itu digerakkan susulan risikan mendapati kebanyakan warga asing di lokasi berkenaan disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan serta pas yang sah.

"Seramai 65 pegawai penguat kuasa JIM Kelantan bersama 56 pegawai dan anggota agensi lain terlibat dalam operasi tersebut," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

**media[3499563]**

Beliau memberitahu, operasi berkenaan turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan.

Ujarnya, semua PATI yang ditahan dibawa ke Kompleks Imigresen Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.

"Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

**media[3499558]**

Nik Akhtarulhaq berkata, JIM Kelantan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara atau bersubahat melindungi PATI.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung kehadiran PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved