JIM serbu syarikat penghantaran, 52 PATI ditahan

23 Apr 2025 • 11:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Cubaan PATI bersembunyi gagal apabila ditahan dalam Ops Sapu di Seksyen 28, Shah Alam, Selangor pada Selasa. Foto JIM Selangor.

image is not available
Seorang warga asing cuba bersembunyi di sebalik mesin semasa JIM Selangor melakukan serbuan Ops Sapu di Seksyen 28, Shah Alam, Selangor pada Selasa. Foto JIM Selangor

image is not available
Cubaan PATI bersembunyi gagal apabila ditahan dalam Ops Sapu di Seksyen 28, Shah Alam, Selangor pada Selasa. Foto JIM Selangor.

image is not available
PATI yang cuba bersembunyi elak ditahan imigresen dalam Ops Sapu di Seksyen 28, Shah Alam, Selangor pada Selasa. Foto JIM Selangor

SHAH ALAM - Terkejut diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, pekerja warga asing di sebuah syarikat penghantaran bertindak melarikan diri dengan bersembunyi di sebalik mesin.

Tidak kurang juga warga asing yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu menyorok di celah-celah lori.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, semasa Ops Sapu dilakukan di Seksyen 28, di sini pada Selasa, terdapat PATI cuba melarikan diri ke premis bersebelahan.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan pantas dan perancangan rapi pasukan serbuan berjaya menggagalkan usaha PATI terlibat untuk meloloskan diri.

**media[3096618]**

"Bermula jam 3 petang, Ketua Operasi yang dipimpin oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI), Mohd Asrul Hazdlyzan Zakaria bersama 18 pegawai telah menyerbu sebuah syarikat penghantaran di Seksyen 28.

"Dalam Ops Sapu ini, seramai 52 individu yang merupakan warga asing telah diperiksa. Kesemua yang diperiksa adalah PATI dan mereka telah ditahan kerana pelbagai kesalahan," katanya pada Rabu.

**media[3096617]**

Tambah beliau, mereka yang ditahan terdiri daripada 27 warga India, 13 warga Pakistan, 11 dari Myanmar dan seorang warga Indonesia, berusia antara 23 hingga 45 tahun.

Menurutnya lagi, kesemua PATI yang ditahan dihantar ke Depoh Imigresen Semenyih dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

**media[3096619]**