JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JIM siasat dakwaan perkampungan haram warga asing di Setia Alam
Zakaria

KLANG - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar kawasan Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil awal April lepas. 

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bersepadu melibatkan agensi berkaitan akan dijalankan sekiranya siasatan mendapati dakwaan itu adalah benar.

"Kita perlu buat siasatan dan pastikan apa yang tular itu betul ataupun tidak dan sebagainya, baru kita boleh ambil tindakan, jadi perkampungan itu di bawah siasatan kita dan bidang kuasa juga kita kena lihat juga. 

"… contohnya kesalahannya mendirikan rumah di kawasan tertentu itu di luar bidang kuasa JIM. Apa yang kita lihat mungkin kita akan buat operasi secara bersepadu bersama agensi lain (seperti) Pihak Berkuasa Tempatan serta Pejabat Tanah dan Daerah, semua itu kita akan ambil kira,” katanya. 

Zakaria berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Taman Perindustrian, Kapar Bestari di sini pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan ratusan penempatan haram yang dipercayai didiami ribuan warga asing terus wujud di kawasan pinggir bandar Shah Alam meskipun pelbagai siri serbuan dan tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan.

Laporan berkenaan turut memetik tinjauan di Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah, Kampung Budiman mendapati terdapat penempatan haram dibina di kawasan ladang kelapa sawit, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved