JIM tawar ganti passport rosak, hilang akibat banjir secara percuma

LocalPolitics
5 Dec 2024 • 1:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JIM menawarkan penggantian pasport aktif yang hilang atau rosak semasa banjir secara percuma. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport aktif yang hilang atau rosak semasa banjir secara percuma.

JIM menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, mangsa banjir yang mempunyai pasport dengan tempoh sah laku tidak kurang enam bulan dan memerlukan penggantian boleh membuat permohonan di mana-mana pejabat JIM berdekatan.

Menurut JIM, pemohon perlu membawa kad pengenalan, laporan polis (asal dan salinan) serta pasport asal (sekiranya ada) semasa hadir untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

"Kementerian Dalam Negeri menerusi JIM menawarkan penggantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir dalam usaha untuk membantu mempermudah urusan mereka yang terkesan," menurut JIM. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved