Jimat sehingga RM800 beli Galaxy S23 FE atau Tab S9 FE dengan kod eksklusif SoyaCincau

Digital
13 Oct 2023 • 1:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Awal bulan Oktober ini, Samsung telah melancarkan barisan produk di bawah model Fan Edition atau FE. Terdapat tiga model yang diumumkan dalam pelancaran ini iaitu telefon pintar Galaxy S23 FE, tablet Galaxy Tab S9/S9+ FE dan fon putik Galaxy Buds FE.

Samsung turut mengumumkan beberapa tawaran menarik untuk pembeli terawal, antaranya potongan harga RM300 dan diskaun untuk membeli aksesori atau peranti lain.

Jika anda mahukan lebih penjimatan, anda bernasib baik kerana pembaca SoyaCincau boleh mendapatkan diskaun tambahan sehingga RM500 untuk membeli produk terbaru Samsung ini. Menerusi kod promosi eksklusif kami, khas untuk pembaca SoyaCincau.

Guna kod promosi, dapat lebih diskaun

Dari sekarang sehingga 30 November 2023, Samsung Malaysia memberikan potongan harga RM300 untuk Galaxy S23 FE dan sarung tablet percuma bagi Galaxy Tab S9/S9+ FE. Khas untuk pembelian di Stor Online Samsung Malaysia, jika anda masukkan kod promosi SCGALAXYFE semasa checkout, anda boleh mendapat potongan harga tambahan iaitu:

  • Galaxy S23 FE – jimat RM500
  • Galaxy Tab S9+ FE – jimat RM300
  • Galaxy Tab S9 FE – jimat RM100

Kod promosi ini boleh digunakan dengan promosi sedia ada Samsung Malaysia, tetapi ia tidak boleh ditambah jika sudah menebus kod promosi lain seperti #GalaxyTroop. Pastikan anda sudah dapat melihat harga akhir selepas diskaun, sebelum membuat bayaran. Kod Promosi ini juga terhad, kena cepat sebelum ia kehabisan.

Dengan menggunakan kod promosi SCGALAXYFE, anda boleh membeli telefon pintar dan tablet baru FE pada harga berikut:

Galaxy S23 FE

128GB – RM2,999 RM2,199
256GB – RM3,299 RM2,499

Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi

128GB RM2,099 RM1,999
256GB RM2,399 RM2,299

Samsung Galaxy Tab S9 FE 5G

128GB RM2,699 RM2,399
256GB RM2,999 RM2,699

Samsung Galaxy Tab S9 FE+ WiFi

128GB RM2,799 RM2,499
256GB RM3,099 RM2,799

Samsung Tab S9 FE+ 5G

128GB RM3,399 RM3,099
256GB RM3,699 RM3,399

Untuk mengenali produk baru Samsung dengan lebih lanjut, boleh layari artikel pengumuman kami tentang Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9/S9+ FE dan Galaxy Buds FE.

Bacaan Berkaitan