Jin BTS Tamat Khidmat Tentera 12 Jun, Adakan Pertemuan Dengan Peminat

Music
4 Jun 2024 • 9:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

BTS Army pasti suka dengan perkembangan terbaharu dari Korea Selatan ini. Ahli kumpulan k-Pop popular, BTS, Jin akan menjadi ahli pertama yang menamatkan perkhidmatan tenteranya pada 12 Jun hadapan selepas mendaftar pada Disember 2022 lalu. 

Untuk meraikannya, idola pujaan ramai itu akan mengadakan sesi bertemu peminat sehari selepas dia dibenarkan keluar. Pertemuan ini adalah sebahagian daripada acara yang disusun untuk festival tahunan yang meraikan ulang tahun debut BTS. 

Untuk penganjuran kali ini, ia akan diadakan di Daerah Songpa di Seoul pada 13 Jun. Jadi, jika anda peminat kumpulan ini dan bakal berada di sana pada tarikh berkenaan, ambillah kesempatan ini untuk bertemu secara empat mata dengan Jin.  

image is not available

Menurut agensi yang menguruskan BTS, acara ini yang akan dijalankan dalam dua sesi dikenali sebagai ‘Jin’s Greetings’, akan menjadi acara pelukan, di mana Jin akan memeluk 1,000 peminat bertuah.

Manakala untuk sesi kedua yang bertajuk ‘Message From Jin: 13 Jun 2024’, akan distrim secara langsung kepada mereka yang mempunyai Keahlian ARMY melalui Weverse Live.

Selain acara bertemu dengan peminat, pelbagai aktiviti lain turut dipersembahkan bagi memastikan semua yang datang dapat pulang dengan memori yang indah. 

Dalam perkembangan lain, ahli BTS, Jungkook akan tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Never Let Go, pada 7 Jun ini.

Dia yang masih berkhidmat sebagai tentera, dijadualkan akan menamatkan perkhidmatan. - Getaran, 4 Jun 2024