
SANDAKAN: Seorang lelaki yang telah berada di bumbung pangsapuri Taman Sejati Ujana sejak malam Isnin lalu akhirnya berjaya dipujuk turun oleh pasukan penyelamat pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, lelaki berumur 39 tahun bukan warganegara tersebut dibawa turun sekitar jam 1.06 petang melalui tangga keselamatan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan.
“Sesi memujuk dijalankan selama empat hari tiga malam kerana bimbangkan keselamatan lelaki tersebut.
“Tiada sebarang kecederaan dan kejadian yang tidak dingini berlaku. Pasukan penyelamat semua dalam keadaan selamat, termasuk juga lelaki itu,” katanya selepas operasi menyelamat ditamatkan pada Khamis.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Jelasnya, lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan, lelaki digelar “Jinjing” itu tidak makan sepanjang berada di atas bumbung tersebut, namun mendapatkan sumber air dari saluran paip yang dipatahkannya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong menyantuni ahli keluarga lelaki itu, selain menghantar makanan dan minuman kepada petugas dan anggota penyelamat di lokasi pada Khamis.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat terlibat, termasuk media, kerana bertugas siang dan malam di sini demi memastikan keselamatan lelaki itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

