Jinping zahir komitmen perkasa kerjasama dua hala dengan Malaysia

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 8:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (kanan) bersama Jinping pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia di Kompleks Seri Perdana, pada Rabu

PUTRAJAYA - Presiden China, Xi Jinping pada Rabu menzahirkan komitmen utuh untuk terus memperkasakan kerjasama dua hala dengan Malaysia.

Jinping berkata, beliau sedia bekerja keras bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memajukan komuniti China-Malaysia dengan masa depan dalam hala tuju strategik di peringkat tinggi dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara selain menyumbang kepada kemakmuran serantau.

"Semoga silaturahim antara China dan Malaysia terus mekar demi generasi akan datang. Ini adalah kedatangan semula saya ke Malaysia selepas 12 tahun. Malaysia telah mencapai kejayaan baharu dalam pembangunan negara.

"Saya ucapkan tahniah atas kejayaan advokasi anda iaitu 'Malaysia Madani' yang sedang direalisasikan dengan begitu indah," katanya ketika berucap sebelum memulakan mesyuarat dua hala antara kedua-dua negara di sini.

Beliau berkata, silaturahim antara China dan Malaysia, yang merentasi jarak ribuan batu serta terjalin sejak sekian lama, telah dipupuk melalui sejarah, pertukaran budaya selain diperkukuh oleh manfaat bersama dan dipertingkat menerusi solidariti ketika mendepani kesukaran.

AKAN MENYUSUL