Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan

25 Jan 2024 • 4:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki berusia 41 tahun maut selepas dipercayai menghirup asap berlebihan

Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan. Dalam sebuah kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Taman Merinding, Labuan semalam, seorang lelaki dengan berani telah menempuh rumah yang terbakar dan berjaya menyelamatkan tujuh keluarga tetapi malangnya, dia tidak terselamat dalam usaha murninya itu.

Hero lelaki yang bernama Gillian Donald, berusia 41 tahun, berlari masuk ke dalam rumah meskipun api sedang marak dan berjaya menarik keluar setiap penghuni ke tempat selamat.

image is not available
Jiran Maut Selepas Berjaya Selamatkan 7 Penghuni Dalam Kebakaran Di Labuan. Sumber: The Star

Dalam kejadian tersebut, Gillian berjaya menyelamatkan enam wanita dan seorang lelaki, di mana tiga daripadanya adalah kanak-kanak. Mereka berusia di antara 4 hingga 67 tahun.

Kebakaran berpunca daripada kereta yang kemudian merebak membakar rumah

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal oleh jabatan bomba menunjukkan bahawa kebakaran yang berlaku sekitar 4 pagi di Lot 24, Taman Merinding, Labuan mungkin bermula daripada sebuah kenderaan, milik pemilik rumah, yang diletakkan di luar sebelum ia merebak ke rumah.

Setelah menyelamatkan mangsa yang ketujuh, Gillian menjadi letih dan pengsan. Pihak medik telah berusaha untuk menghidupkan semula Gillian dengan menggunakan kaedah resusitasi kardio-pulmonari (CPR) namun tidak berjaya.

Supt Mohd Hamizi memberitahu bahawa lelaki malang berkenaan telah dihantar ke hospital namun seorang pegawai perubatan mengesahkan dia meninggal dunia, berkemungkinan akibat lemas kerana menghirup asap berlebihan.

Kesemua mangsa yang diselamatkan dalam keadaan stabil

Gillian tidak mengalami sebarang kecederaan di bahagian badan namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dengan lebih mendalam.

Sementara itu, dua orang mangsa yang diselamatkan oleh Gillian iaitu seorang remaja dan seorang wanita dewasa mengalami lecur kebakaran. Mereka dilaporkan pengsan selepas diselamatkan.

Kesemua tujuh orang yang diselamatkan dilaporkan dalam keadaan stabil, di mana kesemua mereka adalah jiran Gillian. Takziah diucapkan buat keluarga Gillian, semoga rohnya bersemadi dengan tenang dan aman.

Selain itu, kenali juga malim gunung Sabah, Rizuan yang membantu membawa keluar kanak-kanak semasa gempa bumi Sabah 2015:

https://www.iloveborneo.my/kenali-malim-gunung-rizuan-unsung-hero-kanak-kanak-semasa-gempa-bumi-sabah-2015/

https://www.iloveborneo.my/kad-atm-ditolak-lelaki-tawau-ini-jadi-hero-bantu-pelancong-asing-dalam-kesusahan/