Jiran Sering Parking Suka Hati Depan Pagar Rumah, Wanita Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Alih

28 Jun 2023 • 1:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah hon 3 kali masih tak keluar alihkan kereta

Jiran Sering Parking Suka Hati Depan Pagar Rumah, Wanita Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Alih. Seorang wanita telah merakam gelagat jiran wanitanya yang tidak bertanggungjawab kerana memarkir kereta di hadapan pagar rumahnya, tanpa meminta izin.

Dengan rasa tak bersalah, jiran wanita tersebut hanya muncul beberapa minit kemudian untuk mengalihkan keretanya.

image is not available
Jiran Sering Parking Suka Hati Depan Pagar Rumah, Wanita Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Alih

“Orang jenis suka memarkir di hadapan pagar rumah orang,” tulisnya di Twitter.

Menurut wanita tersebut, dia sudah beberapa kali memberitahu jirannya agar tidak memarkir kereta di hadapan rumahnya, tetapi tindakannya tidak mendapat respons yang baik.

Dalam kejadian terbarunya yang menerusi video selama 53 saat, wanita tersebut yang ingin mengeluarkan keretanya terlihat membunyikan hon sebanyak tiga kali sebagai peringatan.

image is not available

Netizen turut menngecam sikap jiran wanita tersebut

Namun jiran tersebut tidak muncul, sehingga wanita itu terpaksa keluar dan pergi ke rumah individu tersebut.

“Tak pasal aku pula kena pergi tekan bell (loceng) rumah dia. Dah membebel sebakul… selepas ni buat lagi tak tahulah,” tulisnya lagi.

Tidak lama kemudian, tanpa rasa bersalah, seorang wanita muncul dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir di hadapan pagar kediaman wanita tersebut, dan akhirnya mengalihkan keretanya.

Di bahagian komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan mengecam jiran wanita berkenaan yang langsung tidak menghormati orang lain.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

View Original Article