JKDM bukan lagi isu di Sabah: Star

3 Jul 2024 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian StarSabah di sini digesa turun padang dan memastikan rakyat mengetahui pencapaian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Naib Presiden Parti Datuk Abidin Madingkir berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan tidak lama lagi, justeru jentera parti perlu memastikan rakyat mengetahui segala kebaikan yang dicapai oleh kerajaan.

“Semua AJK bahagian Star perlu mula turun padang, mengikut saranan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor supaya rakyat mengetahui pencapaian kerajaan GRS.

“Perlu dinyatakan bahawa pendapatan kerajaan bertambah, pelaburan meningkat, GRS komited menuntut hak 40 peratus seperti yang termaktub dalam

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Perlembagaan, penubuhan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah, dan sebagainya,” katanya.

Abidin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri menambah, penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di Sabah bukan lagi isu.

“Kabinet Sabah memutuskan untuk tidak mengiktiraf penubuhan JKDM. Surat pekeliling dikeluarkan kepada semua Pejabat Daerah bagi tujuan itu,” katanya.

Abidin, yang juga Adun Paginatan, berkata demikian semasa menyempurnakan majlis penerimaan ahli baharu StarSabah di Paginatan di Kolam Migong Kg Langkuag, Ahad lalu.

Abidin menerima borang keahlian 125 penduduk Kg Langkuag yang menyertai StarSabah, dengan 73 borang diserahkan oleh Migong Gadis dan daripada Lohan Skim 2, dan 52 diserahkan oleh Jusri Sahidin.

StarSabah Kg Langkuag akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Abidin mengalu-alukan kemasukan ahli baru Kg Langkuag dan Kg Lohan Skim 2.

“Syabas dan tahniah kepada ahli baharu kerana memilih StarSabah sebagai wadah perjuangan dalam politik.

“Anda telah membuat keputusan yang tepat kerana Paginatan akan ditandingi oleh StarSabah pada PRN akan datang sebagai wakil GRS.

“Seperti yang dipersetujui pucuk pimpinan GRS, Karanaan akan diwakili Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), manakala Kundasang oleh PBS,” katanya.

Abidin menambah, semua komponen GRS akan menggunakan simbol GRS dalam PRN.

Beliau berkata, kemasukan ahli baharu bukan sahaja mengukuhkan kekuatan parti di Paginatan, malah kedudukan GRS khususnya di kawasan parlimen Ranau.

“Apa yang penting ialah komitmen ahli baharu untuk memperkasakan GRS selaras dengan slogan GRS ‘Sabah First’,” katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Kg Langkuag, Abidin menyeru agar pihak UPPM di sini menyediakan dokumen yang diperlukan seperti persediaan profil kampung yang lengkap untuk dikemukakan kepada Pejabat Daerah agar proses penubuhan kampung dapat dipermudahkan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir dan Timbalan Ketua Bahagian Juis Konsuling, CDO dan Setiausaha Bahagian Jipili Sigal, Timbalan Ketua Bahagian IV Kapulin Hj Surop, Ketua Penerangan Suhaimin Duari, Ketua Wiranita Siti Nurjana Abas, serta Ketua Wiramuda Hillary Salmoen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.