JKDM Sarawak rampas ekstasi disorok dalam bekas simpan vitamin

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 6:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Norizan Yahya

KUCHING - Taktik penyeludupan dadah dengan menyorok pil ekstasi bernilai hampir RM1 juta dalam bekas menyerupai produk makanan tambahan ‘Vitamin C 1000 tablets’ berjaya dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata, cubaan menyeludup dadah jenis pil ekstasi seberat 5.23 kilogram ke Sibu itu berjaya ditumpaskan menerusi rampasan di sebuah syarikat kurier pada 20 Jun lepas.

"Hasil risikan dan intipan selama tiga hari mendapati tiada pihak tampil menuntut bungkusan berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut menemukan 12 bekas plastik berlabel ‘Vitamin C 1000 tablets’ yang mengandungi bungkusan aluminium berisi pil berbentuk watak animasi Doraemon disyaki dadah jenis ekstasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norizan berkata, dadah dianggarkan bernilai RM1,002,000 berdasarkan harga pasaran semasa itu diseludup menggunakan mod operasi penghantaran kurier melalui udara dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved