JKM Kelantan terima peruntukan tambahan RM1 juta

12 Jan 2023 • 2:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TUMPAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM1 juta sebagai persiapan menghadapi gelombang banjir seterusnya di negeri itu.

Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata peruntukan itu bertujuan untuk pembelian tambahan barangan keperluan asas di 158 pangkalan hadapan.

Katanya peruntukan itu adalah sebagai persiapan awal sekiranya berlaku gelombang banjir seterusnya berikutan musim Monson Timur Laut dijangka hanya akan berakhir pada Mac ini.

“Selepas berakhirnya banjir pada 28 Dis lepas, kita terus isi bekalan barangan keperluan asas di pangkalan hadapan kita.

“Kita buat pembelian darurat mana-mana peralatan asas yang sudah kehabisan dan berkurangan kerana telah diagihkan sebelum ini seperti toto, sardin dan makanan keperluan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pascabanjir Sempena Program Kembali Ke Sekolah 2023 di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Nurul Huda, Kajang Sebidang, di sini hari ini.

Seramai 463 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pak Yong, SMU (A) Nurul Huda Kajang Sebidang (323) dan SK Telok Jering (368) menerima bantuan hasil sumbangan Yayasan Sime Darby.

Turut hadir Ketua Projek Yayasan Sime Darby Muzdalifah Mohd Nasir. -Bernama