JKM nafi keluarkan Kad Warga Emas Rasmi Malaysia

24 Dec 2025 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
image is not available
JKM menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada.

PUTRAJAYA- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan dakwaan pihaknya ada mengeluarkan Kad Warga Emas Rasmi Malaysia.

Menurut JKM, penularan maklumat palsu boleh mengelirukan orang ramai terutamanya warga emas dan ahli keluarga.

"JKM mengambil maklum mengenai penularan maklumat tersebut di media sosial. JKM ingin menafikan kesahihan Kad Warga Emas Malaysia tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat yang tepat, sahih serta terkini hanya melalui saluran rasmi JKM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved