JKN Pulau Pinang rampas gummy original basketball soft candy’s

LocalHealth & Fitness
21 Feb 2025 • 3:49 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan insiden melibatkan seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun yang dilaporkan tercekik akibat makan gula-gula kenyal, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang bertindak merampas gula-gula tersebut yang dijual di sebuah gerai di Jalan Sungai Dua.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen, siasatan awal mendapati gula-gula tersebut dipercayai diperoleh dari gerai berhampiran sekolah.

“Pemeriksaan ke atas gerai-gerai di kawasan sekitar telah dijalankan pada Rabu dan pasukan penyiasat telah menemui produk ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’ di sebuah premis di Jalan Sungai Dua dan sitaan produk telah dijalankan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, JKN kini sedang menyiasat lebih lanjut berkaitan keselamatan gula-gula berkenaan dan tindakan selanjutnya akan diselaraskan diperingkat ibu pejabat Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

JKN Pulau Pinang juga katanya akan terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Justeru itu juga, Daniel memohon ibu bapa supaya terus memantau dan menasihati anak-anak supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Dalam insiden beberapa hari lalu, Mohamad Fahmi dikatakan rebah semasa menuju ke tandas selepas dikatakan tersedak.

Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, meninggal dunia pada jam kira-kira 11 malam di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved