
PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat dakwaan seorang pegawai perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) di Kota Kinabalu dikatakan bertindak kasar dan tidak profesional terhadap pesakit.
Pengarahnya Dr Asits Sanna berkata tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan ke atas aduan seorang pesakit dilayan dengan kasar oleh seorang pegawai perubatan berdasarkan laporan sebuah portal tempatan pada 18 Julai lalu.
Katanya, pertemuan dengan pengadu akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.
“Adalah dimaklumkan jabatan ini memandang serius perkara ini dan siasatan terperinci serta telus sedang dijalankan,” katanya menurut Harian Metro.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Difahamkan, pesakit itu mengadu tidak dirawat selepas lebih dua jam ke wad kecemasan HWKKS, yang juga dikenali sebagai Hospital Likas, selain terpaksa menunggu di luar bangunan ketika hujan lebat.
Dia mendakwa dilayan dengan kasar oleh pegawai perubatan bernama “Azlinah” apabila bertanya bila akan dipanggil sehingga menyinggung perasaannya dan pesakit lain yang lama menunggu.
Asits berkata, pihaknya sentiasa mengambil perhatian terhadap maklum balas dan melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
“Jabatan ini juga menyeru semua warga kerja JKNS sentiasa bersikap profesional dan mengamalkan komunikasi berkesan serta berhemah kepada semua pelanggan pada setiap masa,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
