JKNS siasat kes kematian bayi baru lahir

23 Jun 2022 • 6:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah sedang menyiasat kes kematian bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas di sini pada Ahad lepas yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin (gambar) dalam kenyataan pada Rabu berkata siasatan itu dijalankan secara terperinci dan telus oleh JKN Sabah.

Beliau berkata ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini.

“Terlebih dahulu pihak JKN Sabah ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini.

“Pihak JKN Sabah mengambil perhatian serius mengenai kejadian ini dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan kami,” katanya.

Selasa lepas, tular di media sosial dakwaan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga kepada ibu dan bayi berkenaan menuntut siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada terdapat unsur kecuaian dalam kejadian tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.