JKR buat kajian terperinci atasi kesesakan di Puncak Alam

21 Oct 2022 • 4:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Zafrul (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Program Prihatin Sempena Deepavali di pekan Bestari Jaya di sini pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat kajian terperinci mengenai kaedah dan pendekatan mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dilihat kritikal di kawasan Puncak Alam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara tersebut diberi perhatian serius kerana ia sering dibangkitkan penduduk di kawasan itu.

Katanya, beberapa cadangan diutarakan penduduk bagi mengatasi kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak.

"Saya telah memanjangkan kepada JKR dan menerima maklum balas akan membuat kajian mengenai kesesakan di Puncak Alam," katanya pada Program Prihatin Sempena Deepavali di pekan Bestari Jaya di sini pada Jumaat.

Seramai 200 penduduk B40 menerima sumbangan barangan keperluan sebagai persediaan sambutan perayaan berkenaan.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk terus berdaya tahan.

"Sebagai contoh, Bajet 2023 menaikkan peruntukan bagi program SemarakNiaga kepada RM45 bilion berbanding RM40 bilion sebelum ini," ujar beliau.

Katanya, sejumlah RM1.7 bilion daripadanya tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil.

Ujar beliau, kemudahan pinjaman mikro bagi masyarakat India di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) juga disediakan dana berjumlah RM25 juta.

"Ia membuktikan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi para peniaga khususnya peniaga kecil," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved